Rabu, 16 Jun 2010

BAKAT TERPENDAM

SEKADAR HIBURAN UNTUK SEMUA

HARIAN METRO


Harian metro penuh iklan untuk kaki nombor ekor.Agaknya dah tak da cara lain untuk cari keuntungan.Mungkin jugak sebab ni harian metro jadi surat khabar no 1 di malaysia.Saya sebagai salah seorang peminat harian metro merasakan iklan seperti ramalan nombor tidak seharusnya ada dimana-mana ruang dalam surat khabar yang majoritinya beragama islam.



Jumaat, 2 April 2010

Ambik Perhatian Semua












Be careful of Bihun Cap berikut: BIHUN CAP KETUPAT BIHUN CAP LANGSAT BIHUN CAP KETUPAT BIHUN CAP CILI BIHUN CAP CABAI BURUNG
confirm 100%
17hb SEPTEMBER 2007
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !! TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!! PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. ( Co. No. 365216-T) yang terletak di :-Lot 1123,Tingkat Selamat 6Kampung Selamat, Tasek GelugorSeberang Prai13300. P.Pinang.

Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

3.5 kg bihun CAP KETUPAT
3kg bihun CAP CABAI BURUNG
Bihun atau laksa CAP CILI, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG Cop halal yang tidak pernah mendapat kelulusan
Apabila logo atau cop halal kelihatan di bungkusan produk makanan, ia menunjukkan suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu iaitu 'Halal', 'Ditanggung Halal' atau 'Makanan Islam' atau difahami bahawa orang-orang Islam dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan tersebut. Logo halal yang sah dari JAKIM mempunyai
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;b) perkataan Arab – " حلآل " di tengah bintang;c) diikuti tulisan rumi "HALAL";d) bulatan logo tertulis perkataan " Malaysia " dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut..
Manakala logo halal JAIN/MAIN:a) di bawah tulisan rumi "HALAL" terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri: i. huruf "H" yang bermaksud Halalii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negaraiii.contoh : H-10'H' bermaksud Halal'10' melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor
Cop logo halal yang benarOleh itu, bagaimana persoalan ini terjadi?
Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi yang keluasannya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak beratus ekor babi dalam satu masa bersebelahan kilang bihun tersebut dan hanya dipisahkan dengan pagar.. Betapa dekat dan hampirnya kilang memproses bihun ini dengan pusat ternakan babi sehingga berkongsi pagar. Pastinya keadaan kawasan tersebut tidak dapat digambarkan dan tidak INDAH seperti nama kilang tersebut lebih tepat lagi 'INDAH KHABAR DARI RUPA '. Dan ini lari dari cop halal yang digunakan kerana premis makanan bersebelahan kawasan najis. Diketahui, pemilik Kilang Bihun Beras Indah dan pusat ternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan dan tidak perlu terkejut segalanya mereka berkongsi bersama sepert! i pagar, longkang , saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan.

Keadaan di dalam pusat ternakan babi yang bersebelahan kilang BIHUN BERAS INDAH Sdn Bhd, Tasek Gelugor, Seberang Prai Utara.
Gambar pandangan dari ladang kelapa sawit. Anak panah kiri menunjukkan kilang BIHUN BERAS INDAH dan anak panah kanan menunjukkan pusat ternakan BABI dan mereka juga berkongsi saluran air dari bumbung. Difahamkan pihak kilang tersebut mendapat bekalan air untuk memproses bihun dan laksa dengan cara menyedut air dari bawah tanah bagi menjimatkan kos. Pernahkah anda terfikir kesucian air yang digunakan? . Bagaimana pula dengan keadaan bihun yang diproses dengan meggunakan air yang pastinya sedikit sebanyak mengandungi air najis. Ini seumpama kita memakan najis babi dan sekali lagi bertentangan dengan cop halal yang digunakan kerana memproses menggunakan alat yang tidak bebas dari najis. Kita sebagai pengguna beranggapan bahawa dengan memakan bihun cap cili atau apa- apa sahaja cap, kita tidak perlu ragu-ragu! seperti kita memakan daging yang berkemungkinan merupakan daging babi. Malangnya tanpa kita sedari kita telah menikmati dengan enaknya bihun perisa babi. Apakah perasaan pengguna yang telah menikmati bihun tersebut. Betapa jijik dan kotornya perasaan para pengguna. Selain itu, pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang ini hanya dipisahkan dengan pagar dan mereka turut disyaki berkongsi sistem kumbahan yang sama.
Sistem kumbahan yang terletak berdekatanSaluran paip yang menuju ke sistem kumbahanSaluran paip air yang menyedut air dari sumber bawah tanah
Figure 9 Paip air di dalam gambar sebenarnya telah di kunci ketat dan saluran air yang tersembunyi merupakan sambungan untuk sumber air bawah tanah Bagaimana pula dengan suara hati penduduk tentang pencemaran bau yang langsung tidak menyenangkan? Sejauh lebih 2 km bau busuk dari pusat ternakan babi tersebut boleh dihidu. Bayangkan penerimaan dan penderitaan yang ditanggung penduduk setempat selama ini. Kita tidak perlu terkejut sekiranya kesihatan penduduk terjejas akibat pencemaran bau dari kandang penternakan babi. Selain daripada itu juga, kerana ingin mengaut keuntungan, terdapat segelintir peniaga tempatan sering menyalah gunakan atau mengambil kesempatan dengan membeli produk dari kilang tersebut. Lebih memeranjatkan lagi terdapat pembeli atau pemborong yang beragama Islam seringkali dilihat! datang ke kilang tersebut membeli hasil keluaran mereka Adakah pembeli ini hanya memandang ringan keadaan sekeliling atau tidak pernah tahu kewujudan pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang tersebut atau mereka ini tidak pernah sensitif dengan HALAL & HARAM? Sanggup sungguh mereka mengkhianati saudara sesama Islam mereka atau dengan kata lain betapa tidak berilmu dan jahilnya rakyat Malaysia yang beragama Islam tersebut!!

Kelihatan pemborong yang beragama Islam turut membeli produk keluaran Kilang Bihun Beras Indah tersebut Lagi penipuan yang Kilang Bihun Beras Indah lakukan dengan meletakkan alamat pendaftaran syarikat iaitu:-
1-G-2, Sri Pelangi, Jalan Bukom,10150 Penang.Bungkusan bihun yang berbeza dengan alamat sebenar untuk tujuan mengelirukan pihak pengguna. Sepatutnya pemilik yang ingin mendaftarkan kilang mereka perlu meletakkan alamat kilang mereka seperti kilang BIHUN BERAS INDAH meletakkan alamat mereka di Jalan Tingkat 6, Kampung Selamat . Mengapa mereka ingin mengelak dengan meletakkan alamat lain? Ini kerana Kampung Selamat memang dikenali ramai dengan kawasan penternakan babi yang sangat besar
Jika dilihat begini, bagaimana kilang ini berjaya mendapat lesen?

Alamat yang tertera pada bungkusan tidak sama dengan alamat kilang Bihun Beras Indah bagi tujuan menutup atau mengaburi pengguna Yang menjadi tanda tanya, bagaimana Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. ini boleh mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) memandangkan pusat ternakan babi ini telah wujud lebih dari 10 tahun dan atas alasan apa kilang Bihun Beras Indah ini dibenarkan beroperasi? Adakah mereka telah disuap atau disogok? Ataupun dengan kata lain rasuah di bawah meja? Tidak pelikkah anda bagaimana mereka boleh membuka kilang tersebut dan bertahan hingga ke hari ini? Mustahil sama sekali jikalau kita fikir dengan kepala otak kita sendiri. Tidak logik!!!!!!Malahan, menurut sumber yang diperolehi, kira-kira 2 tahun lepas iaitu dalam tahun 2005 pihak Kementerian Perdagangan da! n Hal Ehwal Pengguna - P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis Agama Negeri P.Pinang pernah membuat serbuan terhadap kilang bihun Beras Indah tersebut. Malangnya sehingga kini kilang ini masih mampu beroperasi seperti biasa. Mengapa keadaan ini terjadi? Perlukah mereka diserang beribu kali baru boleh ditutup atau kerajaan kita terlalu lembut dan kalah dengan sebuah kilang bihun?!! Penipuan seterusnya, kilang ini juga mengeluarkan produk bihun dan laksa yang berjenama CAP CILI, CAP KETUPAT dan CAP LANGSAT untuk dua pelanggan tetap beliau iaitu:-

KIM LOONG HUAT SDN. BHD. yang beralamat No.3565, Jinjang Utara , 52000 K.L
dan

ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD..yang beralamat No. 22,24,26, Tingkat Perusahaan Utama 1,Taman Perindustrian Bukit Tengah , 14000Bukit Mertajam. Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd masih mengeluarkan bihun di bawah nama Zakaria Dan Anak Anak Sdn Bhd, iaitu Cap Langsat, meskipun sudah sekian lama syarikat ini tidak lagi beroperasi.
Jika diteliti, kedua- dua produk ini juga mempunyai tanda "halal" dalam tulisan jawi dan rumi.
Dimanakah kuasa yang dapat menghalang perbuatan ini!!! JAKIM ?? KPDNHEP ?? ataupun MPSB itu sendiri .Kerajaan wajib menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas serta memastikan bahawa sebarang penggunaan Tanda, Logo, Cop mahu pun perkataan rumi atau jawi yang memberi maksud Suci, Bersih, Makanan orang Islam atau Ditanggung Halal yang tidak diluluskan oleh pihak JAKIM wajib dikenakan tindakan mahkamah. Jika tidak dikawal dan masih berterusan ia akan memberi kesan negatif kepada Negara Malaysia memandangkan Negara kita merupakan Negara Islam dan pengeluar produk HALAL di dalam dan di luar Negara.
Lakaran kasar kawasan kilang BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.Gambar hadapan KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.
Pandangan tepi kanan kilang BIHUN BERAS INDAH – betapa luas dan besarnya kilang ini
Ladang kelapa sawit yang berjiran sebelah dengan kilang BIHUN BERAS INDAH dan kandang penternakan babi
Pandangan 2D dari jalan utamaDibelakang semak kira-kira 30m ini terdapat kandang babiBetapa kotornya kilang BIHUN BERAS INDAHParit menjadi tempat perkongsian sisa kumbahan babi dan bihun
Saluran paip air

Jgn terpedaya


Jika anda keliru..
anda mungkin terpedaya dan terpesong akidah!!!
Hati-hati lah.. semoga kita di lindungi dari
segala yg akan merosakkan!!!

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya..

Rabu, 31 Mac 2010

Kek Hari Jadi

Seorang lelaki te;ah pergi ke sebuah kedai kek utk memesan sebiji kek semperna hari jadi isterinya."Apa yang hendak di tulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu. "SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."